How's my life after spm?


Sebelum tu, post ni kinda boring bcs aku tak taruk pape gambar. Just nak taip pasal life aku lepas spm. Ok? Hi assalamualaikum selamat berpuasa selamat hari raya selamat main mercun selamat main bunga api ye anak anak sekalian. Wooo. Didnt post anything since last year duhh. Hahaha lamanya. Last upload masa, pengalaman nak cari kerja? Ye lah. Lepas spm takan kau nak goyang kaki habiskan duit mak ayah (tak goyang kaki pun sebenarnya habiskan duit mak ayah juga hehe) 

Skarang ni, bulan July, dah nak raya dah pun, banyak life yang aku lalui. Life as a worker and a student. Ha aku berjaya cari kerja ok bulan january dulu. Bhahahahaa. Kedai kasut kat ampang point. Sebab rumah akak aku dekat, so aku cari kat situ. Memula mintak kat mcd, pastu g tempat lain. Tanya kat satu kedai kasut ni, KEBETULAN dieorang perlukan staff. So i'm accepted walaupun dieorang sebenarnya taknak staff budak lepasan spm sebab katanya kerja sekejapnya pastu benti. Padahal at the end of the day, aku paling lama kerja situ berbanding staff lain yang umur atas aku dan masuk selepas aku. Faham maksud aku? Aku berhenti pun sebab nak sambung study. Ha life as a student pulak. K nanti aku cerita. Hahahahaha. Pls lah weh baca story aku ni. T_T Hahaha. So, dieorang berhenti bukan sesaje. Tapi ada problem dan tak tahan kerja situ. Aku pun kena gak, tapi aku tahan je sampai hampir 6 bulan kerja situ. Lantak lah pasal semua tu. Focus babe pada kerja puih.

Result spm aku sangat teruk. Taknak cakap berapa. Just nak cakap satu result je yang melayakkan aku sambung study. Aku apply TESL kat upu. Alhamdulillah english aku A-. So aku dapat interview tu. Gelabah sangat k masa interview tu. Memang aku syak aku tak dapat tau sebab aku cakap memang gagap gila. Interviewer tu siap tanya ARE YOU NERVOUS? Hoishhh nak je aku jawab "mashaallah babe mestilah nervous babe haiyoo". Pastu, beberapa minggu selepas tu result upu keluar and aku dapat. Hehe. Di uitm lendu. Ha ye. Uitm berhantu tu. Tayah cakap. Aku tahu. -_- So yeah I'm a student in uitm lendu. Dimana budak budak part one wajib dipanggil ANJING oleh part 2 hingga 6 every year. Dikatakan tradisi weh. Hahahahaha wtf. 

(tak tahu nak buat penutup macam mana. terfikir gak, nak buat macam essay writing ke hahahaha) So yeah tu je yang jadi sepanjang hampir 8 bulan ni. K bye. Sekali lagi, 

SELAMAT BERPUASA BABE, 
SELAMAT HARI RAYA BABE MASHAALLAH. 

No comments: