Pengalaman Cari Kerja.


Macam biasalah kan, lepas SPM takan ko nak terperap kat rumah, hadap laptop (bagi yang ada laptop), hadap iphone (bagi yang pakai iphone) As for me, hadap komputer. Sebab laptop dah arwah. Macam tiada kaitan pulak, benar atau tidak? Okay. 

So, nak buka cerita zaman tok kadok lah. Macam gini, sabtu haritu lah kan, pergi la bahau. Cari kerja. Kiranya memang tu pengalaman pertama lah cari kerja. Masuk satu satu kedai, buat muka tak malu "kak, ada kerja kosong tak?" "eh amoi. sini ada kerja kosong tak?" "eh minachi, itu ah, awak mau pakai pekerja tak? ayooo itu macam ka?" Bila semua kata takde tu, keluar dari kedai macam semua pandang sambil berkata booo tak dapat kerja. Sedih tau tak. Malu. Aku ni dah lah pemalu. Lol. Bila nak masuk kedai tanya, aku dengan radhi macam "eh kau lah tanya. tadi aku dah tanya. ala malu nak tanya" Ha macam tu. Tapi ada lah 2 kedai cina tu, ada jawatan kosong. Tapi dua dua kedai nak sorang pekerja je. So, lupakan jelah.

Tapi, bila datang kedai cina, muka dieorang macam takde hati langsung nak amik kami bekerja. Adakah kerana kami bertudung? Hm tak tahu lah. Yelah kan, sebab sekarang kan semua mana nak hire pekerja berhijab. Kalau free hair lagi baguslah katanya. Mungkin pada pandangan mereka, perempuan freehair mampu melariskan jualan mereka? Apalah salah perempuan pakai tudung ni? Boleh buat kerja jugak apa. Eh berlaku adil lah. Ni kan negara islam! Huhhh. Marah betul aku. So bila tak dapat kerja tu, rasa macam...

Untitled | via Facebook

Yeah. Literally.

Oh btw, jom buang perasaan marah dan sedih ni. Masa sabtu haritu kan, first time keluar dengan KK. Omg he was so nice masa tu tau. Dia kawan wanie. Kawan wanie, kawan aku dengan radhi juga lah kan? Hahaha. So dia belanja kami wayang dan popcorn masa tu. Rasa macam wowww wanie, kau kena berkawan dengan dia sampai bila bila. So that, wayang kami masuk percuma. Hahahaha taklah. Gurau. Kami tak kikis okay. Kami tolak, dan nak bagi dia duit. Tapi dia insisted nak belanja. 

Oh btw lagi sekali, harini buat cake. Macam, first time aku buat cake. Aku ingat susah sangat lah nak buat. Bila nak makan cake chocolate, tunggu la akak balik atau tunggu radhi buat cake. Tapi asyik makan cake orang buat je, so pekata buat sendiri kan? Nak gak lah rasa cake air tangan sendiri. 
Kalau orang lain anggap tarikh harini sangat special sebab baru couple, but to me, 11/12/13 special sebab first time kot buat cake sendiri. Ha excited tau tak. Tapi cake manis sangat. K la bye. :D

Psst psst : Semoga aku, shima, wanie dan radhi dapat kerja dekat 7E dan dapat hostel sekali. Ameen. :')

1 comment:

Fifiey Azmi said...

saya pun tak dapat kerja lagi. tapi tak berusaha pun nak dapatkan -..- nak dapatkan lesen kereta dulu baru nak gi cari kerja :')

dah tu awak dapat tak PLKN? saya jumpa blog awak ni sebab saya search "PLKN" macam tu ah, pastu klik link blog awak.

hehe~ :3
kawan baik saya kena PLKN, baru bertolak pagi 4 Jan, hehe. :)