Perpisahan.


*ENTRY JUMAAT 1/11/2013



Ustaz Kushairi dengan Cikgu Syeqen dapat sambung belajar peringkat master. Alhamdulillah doa kami dimakbulkan. Alhamdulillah ya Allah. But, the saddest thing part 1 is, harini hari last dengan Ustaz Kushairi. Hari last jumpa Ustaz Kushairi. Hari last tatap muka Ustaz Kushairi. Hari last dengar Ustaz Kushairi gelak. Tapi in shaa Allah kalau ada jodoh, jumpa kat mana mana. Naik sekolah je terus SPM (rabu). Isnin form 5 cuti. So memang tak dapat jumpa Ustaz Kushairi. Cikgu Syikin boleh jumpa lagi sebab dia still ada kat sekolah. Ustaz Kushairi kata kalau nak lepak dengan dia buat reunion ke, kat Seremban 2. AND ustaz beli rumah dekat Batu Kikir. Bila cikgu cikgu tanya kenapa Batu Kikir? Ustaz Kushairi jawab "sebab anak anak saya ada di palong. 5 INTAN" Ya Allah terharu sangat ustaz cakap macam tu. :( Ustaz kata kalau free datang lah rumah dia 2015 nanti. Dia akan duduk situ pada tahun 2015.

Tadi sebelum balik, setiap sorang berdiri dan beri ucapan terakhir kepada ustaz.  Ucapan yang memang dari hati. Ustaz Kushairi nangis wehhhhhhhhh masa sorang sorang bangun. Tak mengalir, tapi kami tahu. Ustaz Kushairi memang special. Ucapan paling bermakna ucapan Mok dengan Isz. Bila kami dah selesai, giliran ustaz pulak. Dia cakap lah semuanya. Pasal kenapa dia tak pernah marah kami walaupun kami tak buat kerja dia, prinsip dia. Suara dia bergetar. Sedih sangat part tu. Last bila budak lelaki peluk ustaz. Saddest thing part 2. Wuuuu wuu. :( Kalau boleh kami taknak balik. Sebab kalau kami balik, kami takan dapat jumpa Ustaz Kushairi lagi.

Bila kelas Ustaz Kushairi je, kelas jadi gamat dengan gelak tawa warga 5 INTAN dan ustaz. Suka dengar ustaz gelak sebab comel. Hehe. Jadi kami pernah kongsi suka, duka, gelak dan tawa bersama ustaz. Kenanga paling indah zaman persekolahan kami. Cikgu Syeqen, saya dan budak akaun yang lain tak pernah belajar dengan cikgu, jadi kami tak tahu macam mana bila dengan cikgu. Tapi kami tahu cikgu baik dan sporting macam ustaz. :') Sayangnya, cikgu paling cantik dan ustaz/cikgu paling handsome cuti selama 2 tahun daripada mengajar. Lepas ni mesti cikgu lain yang akan dapat gelaran "Cikgu Paling Cantik Dalam Sekolah." Hehehe. ;)

Dear Ustaz Kushairi dan Cikgu Syeqen,
Kami 5 INTAN sentiasa mendoakan kejayaan Ustaz Kushairi dan Cikgu Syeqen dunia akhirat. Kami doakan juga ustaz dan cikgu dapat melanjutkan pelajaran sampai ke peringkat phd suatu hari nanti. Amin. Cikgu pun jangan lupa doakan kejayaan kami. Minggu depan SPM dah. Time flies so fast. Rasa macam minggu lepas je kami naik form 4 dan belajar dengan cikgu dan ustaz. Ustaz dan cikgu adalah guru yang terbaik. Ingat lagi lagu Kau Ilhamku dan lagu Sahabat yang kami tujukan pada ustaz dan cikgu malam sabtu lalu? Kami mesti akan ingat dekat cikgu dan ustaz kalau dengar lagu tu. Dan juga lagu Ada-Mu. Kami akan buat yang terbaik SPM nanti. In shaa Allah. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin. 5 INTAN SAYANG CIKGU SYEQEN DAN USTAZ KUSHAIRI. :')\

No comments: