Tragedi Sebelum Puasa : Potong Jari Sendiri



Before tragedi. Konon tangkap gambar ni ingat nak upload insta dengan caption "Budak demam nak minum air kelapa". Last last letak caption "Sebelum kejadian." Sobsobss.


*Flashback tragedi before puasa*

"Ayah ayah! Adik nak air kelapa muda. Demam ni."

"Kejap. Ayah nak tengok tv"

*A few minutes later*

"Nah ni air kelapanya. Cepat minum."


Lepas tu biasa lah kan kalau minum air kelapa muda, mesti tergiur kan nak makan isi dia yang macam ala ala hingus tu. Sedap siaa. Dah meleleh dah air liur aku sampai ke lantai nak makan isi kelapa muda tu. Ok tipu. Lepas tu aku pun amik la parang yang ayah guna nak potong kelapa tu. Lepas tu aku basuh la parang tu sebab kotor. Masa tu dok fikir "Ni kalau kena ni, sedap macam makan kepsi ni" Lepas tu aku pun pergi la ke belakang balik dan bawak kelapa tu turun dari meja. Aku pulak gatal tangan nak pergi belah sendiri. Macam ayah takde je.

Aku masa tu just nak try je tetak sekali kat kelapa tu. Aku pulak dengan takde ilmu nak belah kelapanya, pergi pegang kelapa tu dengan tangan kiri aku. Tangan kanan dah ready ni nak tetak kelapa tu. Dengan sekali ayunan, ZUPPPP! Walamakk bunyi dia. Parang tu melencong ke ibu jari kiri aku. Aku kaku. Lepas berapa saat baru aku berlari masuk dalam rumah sambil menjerit MAKKKKK!! MAKKKKK!! AYAHHHH!! JARI ADIK DAH TAKDEEE!! Dia bukan terbelah tau. Dia potong habis terus. Parang tu dah la baru lepas asah. Aku rasa, masa aku ayun parang tu, aku tak ayun sekuat hati. Nampak tak betapa tajamnya parang tu? Ngeri tak?


Mak bapak aku lagi la cuak. Aku datang berlari lari sambil darah menjejeh dekat lantai. Darah mengalir keluar dengan lajunya ibarat air gunung yang turun ke kaki gunung. Ececehh. Memang darah banyak gila wa cakap lu. Tangan aku pun penuh dengan darah.

Tapi masa tu aku tak nangis. Apatah lagi pengsan. Aku cuma jerit je sambil tangan gigil gigil. Ayah datang kat aku muka pucat lesi je. Terkejut kot. Akak aku lagi la. Macam apa aku tengok. Mak hanya membebel kat sebelah. Ayah letak plaster dengan niat darah akan berhenti sambil berkata "Kau ni kenapa dik. Tak reti nak suruh ayah buatkan? Macam ayah ni sibuk sangat sampai tak boleh belahkan untuk kau." Kena marah pulak. :( Ayah masa tu aku tengok tangan dia gigil gigil sekali macam aku. Yela, tangan anak dah terpotong kan. Darah pulak banyak. Tapi kau kena tahu sesuatu, bila luka dekat jari, darah akan mengalir tanpa henti sebab darah kat jari ni banyak. Lepas tu ayah tanya nak pergi klinik tak? Aku pun dengan pantas menggeleng kepala laju laju. Takut doeh. Mana tau dia jahit je. Eeee seram! Tapi at last, aku pergi jugak klinik. Lebih baik dapat rawatan doctor. Lagi cepat elok.

Beginilah aku potong tangan aku. Haha

Dekat klinik tu, doctor tu hanya bagi ubat supaya darah berhenti. Dan dia bagi injection. Lepas tu dia transfer aku pergi Hospital Jempol. Dekat situ, aku tunggu sampai 2 jam. Tapi doctor hanya tukar balutan dia. Eh bangang tak bangang aku cakap. Doctor tu cakap nak sambung pun tak boleh. So aku reda je la. Akak aku dia punya takut tu macam dia yang kena.


Budak budak kelas aku bila dapat tahu, semua risau. Awwhhh sayang korang muahh muahh! Hahaha. Yang aku terharu bila budak ni kata Farez dengan Ejoy risau gila. Padahal bukan aku rapat sangat dengan dieorang. Bila aku pergi sekolah, semua tanya aku macam mana? Okay tak? Blablabla.

Aku kena tu, semua sebab DEMAM. Kalau aku tak demam, aku tak minum air kelapa. Tapi nak buat macam mana kan. Benda nak jadi. Aku tak salahkan takdir. Aku ibarat mengulang balik kejadian masa abang aku kecik. Dia pun pernah tertetak tangan dia masa nak potong kelapa jugak. Hahahaha. Tapi aku rasa memang dugaan betul lah. Allah... Tapi alhamdulillah, lepas berapa minggu, jari aku dah okay. Dah tak sakit, dah boleh bukak balutan dia.

Masa tu aku dah fikir, habis la jatuh wang hantaran 2k. Sobsobss.

2 comments:

najwa anis said...

besarnya balutanya kak mimi

mimie shahira said...

@Najwa Anis : Hahaha tu lah kan. Dah darah banyak keluar. Balutannya pun besar la. T.T