Tahniah! Anda Terpilih Menyertai Program Latihan Khidmat Negara Siri 11/2014


ANDA TERTIPU!



Hm, aku harap aku dapat PLKN 2014. Tolong laaa. Aku sanggup melutut sampai mulut aku ciom ibu jari kaki orang tu supaya aku dapat PLKN. Okay melampau. Hiperbola sangat. Tapi peratus untuk aku dapat pergi PLKN ada 0.000001%. Haa nampak tak betapa tipisnya. Lebih tipis daripada helaian kertas A4. Pasal apa? Pasal akak aku dah pergi PLKN masa 2009 dulu yayyyyyyyyy! T~T

Aku tak faham kenapa ramai taknak pergi PLKN padahal PLKN tu best laa siaaaaaa. Orang lain pulak mungkin akan fikir "Aku tak faham macam mana manusia yang nak sangat pergi PLKN ni boleh wujud dalam dunia ni padahal PLKN tu macam masuk ke alam bunian." Eh pandai pandai je alam bunian.

Akak aku dulu benci gila PLKN. Dia menangis nangis bila dapat surat yang dia terpilih. Dia taknak pergi sangat. Tapi, mana boleh sesuka hati je taknak pergi kan. Kalau boleh tu, aku agak contoh la elok elok 10000 pelajar dapat terpilih, mungkin dalam 199 orang je yang akan pergi PLKN tu. Faham tak apa yang aku cuba sampaikan? Jadi bila dah pergi tu, memula dia kata bosan gila. Nak balik nak balik merengek dekat mak macam masa kecik kecik dulu mintak susu. Tapi bila dah habis 3 bulan tu, merengek pulak taknak balik taknak balik taknak balik makkkkkkkk. Eh pelempang sekali kang saje je. Okay derhaka gua dengan akak gua.

Tapi kan, setakat ni aku tak pernah lagi la dengar orang bila balik dari PLKN cakap "Eh sumpah tak best doeh pergi PLKN. Baik kau pura pura mati supaya kau tak pergi." Sumpah tak pernah. Shima dengan Radhi sangat sangat sangat taknak pergi PLKN tu. Korang, kalau dah balik tu korang cakap best, aku pelembok korang laju laju.

Ni ala ala muka merayu supaya aku terpilih. Hahaha

So, kepada yang dapat tu, tahniah aku ucapkan. Kalau dah dapat tu, bersyukur la. Ramai lagi orang kat luar tu yang nak pergi sangat tapi rezeki tak menyebelahi dia. Reda je la ye? Aku harap aku dapat pergi. Hehe. Tapi laman web PLKN lembab nak mati k sumpah tak tipu. Gampang je.

No comments: