Nama Dia Kiki



Kiki tu adalah seekor kucing. Gini gini brutal pun aku ni, aku ni pencinta kucing sebenarnya. Hohoho. However, Kiki buat aku rasa nak terajang dia sampai masuk lubang cacing. Haa selalunya orang cari orang yang hilang sampai ke lubang cacing kan. Harini aku buat ayat baru. Tendang bagi masuk lubang cacing. Tak tahu la muat ke tak.


Kiki ni aku dapat daripada akak aku punya tunang punya emak. Dapat 2 ekor lagi tu. Muhammad Kiki dan Ahmad Koko namanya. Comel comel seyh wa cakap lu rasa macam nak gigit gigit je. Tembam sangat masa kecik. Comel haihhh. Memang comel la. Arwah Cu pun tak comel macam Kiki dan Koko. Al-Fatihah untuk arwah kucing aku yang bernama Marcos Murtee atau dikenali sebagai Cu. Kalau dikira kira, Cu nak masuk lapan tahun dia bernafas tu pun kalau dia hidup lagi. Sobsobss rindu Cu. ;(

Family aku memang semua suka kucing. Ayah tengok anak anak kucing tu comel sangat, mungkin terdetik di hatinya "comelnya mereka. eee yayy dapat kucing baru" Hm, mungkin? Pada mulanya memang seronok layan dieorang. Yela comel kan. Tapi bila dah besar sikit, aku jadi tension dengan si Koko ni. Dia berak merata k. Depan tv ada, bawah sofa ada, bawah kerusi ada. Pernah sekali tu, dia berak dekat dalam tempat mak letak bawang merah. Mak raba raba je rasa macam apa pasal macam licin licin je ni? Sekali bau, hm pengsan tak sedar sedar gamaknya.


Ayah asyik suruh aku yang cuci taik Koko tu. Kalau tak ayah cakap ayah buang si Koko tu. Aku pun sebab sayangkan kat Koko tu, aku pun buang la tiap tiap hari taik dia tu. Sampai satu hari tu, aku balik sekolah aku rasa macam something wrong somewhere. Aku tanya mak. "Mak Koko mana Koko?" Lalu mak pun membalas, "Koko ayah dah buang." "Eh mak tipu laa. Cakap lerr bebetul." "Laa mak nak tipu menda. Banyak lagi kerja lain mak boleh buat daripada tipu kau" (k ayat belakang tu aku tambah) Aku pun jadi macam tak tentu arah. "Buang kat mana?" Aku terus sarung tudung. Mak cakap dekat Lorong Haji Taib. Aku pun terus memecut Betty aku pergi ke Lorong Haji Taib. Takde. Penat aku pusing pusing situ. Memang takde. Atas motor aku nangis je. Sedih betul kan? Hahaha. Tapi memula je rasa kehilangan. Lepas dah lama tu, okay dah. Haahahahahha

Yang Kiki pulak, buat aku stress je. Kuat makan! Gemoknya tidak. Panjang je lebih. Lepas tu memilih laktu kalau makan. Bila dah bagi makan, setengah jam kemudian mintak makan lagi. Selagi tak bagi dia makan, selagi tu dia akan mengekor je kau dari depan sampai ke dapur. Kau pusing pusing satu ruang tamu pun dia tetap ikut. Bila berhenti, pergi gesel gesel kepala dia kat kaki orang sambil buat muka garang seolah olah berkata "Woi aku lapar la siaa. Bagi aku makan! Aku makan kau kang!" Amboi gangster sangat kau Ki. Bila dia kerja mengekor je, kaki dia entah berapa banyak kali kena pijak. Meraung terus. Hahahaha padan muko.


Walaupun begitu, aku tetap menyayangi mereka. Kalau ayah buang yang lagi sekor ni, menangis 3 hari 3 malam agaknya macam masa ayah buang Koko. Serious aku menangis je. Macam hilang laki gamaknyaa.

Btw, baju raya tahun ni 3 pasang, Wuhuuu. Jubah warna hitam merah, kurung moden merah polkadot dan baju peplum biru. Hohoho. Macam nak meriah je. Padahal lepas raya Trial SPM. Demmm! T~T Wish me luck korang.

No comments: