Babi Hutan Masuk Pun Boleh Sesat.


"Kemas bilik tu dik. Babi hutan masuk bilik kau tu pun comfirm sesat tak jumpa jalan keluar." "Kemas bilik tu. Tak sure la tu bilik ke stor tu." "Macam mana la kalau pakwe kau tengok bilik kau dik." Demikian la bebelan mereka pasal bilik aku. Hahaha. Aku rasa takde la bersepah sangat pun. Normal la bilik remaja begitu. Study sampai pukul 12 kannn. Tu bersepah sikit. Eh. Apa kaitan nya aku pun tak tahu.

Aku bukan apa. Kalau kemas, kang berapa hari kemudian bersepah balik. Baju bersepah atas katil. Baju sekolah la biasanya. Cabot baju terus letak atas katil. Selalu kalau dah tahap kritikal baru aku kemas. Kalau dah sampai nak jalan pun tak boleh tu aku kemas la. Ok tipu.

Malam ni, memang kena kemas. Dengan bantuan anak buah tersayang yang berumur 7tahun, dalam masa tak sampai 10 minit bilik aku dah cantik. Ye ah. Bukan bersepah sangat pun. Nasib aku dapat anak buah yang rajin. Hahaha. Bila dah kemas, babi hutan pun jumpa la jalan keluar dan selamat balik ke hutan berjumpa keluarga tersayang.

So kita tengok la dalam masa 4 hari ni, akan ada babi hutan sesat dalam bilik aku. Kbye.

No comments: