Sangat Benci Berada Di Sini Tetapi Sebenarnya Rindu.


Hai assalamualaikum. Kau tau tak sepatutnya aku post benda ni bulan May. Now nak masuk bulan Julai baru aku update. Hahaha. Serasa macam malas nak update masa tu. Dibiarkan draft. :p


9 May 2013 - Khamis
Sebenarnya masa kami berangkat ke PUSPA di Seremban, masa tu exam mid year. Kami kena keluar awal untuk siap siap kemas kemas mandi mandi pakai pakai baju baju semua semua segala tu. Hahaha. Tapi Cikgu tak kasi keluar pasal masa paper Mathematics Paper2. Gila kau Mama Norma nak bagi keluar padahal tak habis jawab lagi kami paper tu. So bila dah habis jawab, kami terus berlari as fast as lighting (cehh boleh buat karangan bi dah) pergi ke pejabat mintak kebenaran balik awal. Masa tu aku sangat excited nak pergi sana. Rasa macam WOOHOOOO SEREMBAN HERE I COMEEEEEEE!!!! Tapi sabar dulu. Tak habis lagi ni. Bila dah sampai sana terus pasang khemah. Uuu excitedddddd. Ketahuilah bahawa itu first time aku pasang khemah. Menyedihkan bukan? Sebelum aku tak pernah join mana mana kem pun. Sobsobss. Masa tu petang dah. Panas lagi. Dia suruh berjemur tengah panas dengar tah sapa sapa tah membebel. Haihh panas kot. Nak duduk pun tak boleh. Kang terbakar bontot. Lol. Seriously tadi aku cakap excited kan? Now rasa PENYESALAN yang teramat sangat. -__- Malam tu berlatih pasal esok (jumaat) dah pertandingan. Penatttt. Tidur pukul 12. Pukul 3 kiteorang bangun untuk mandi. Terpaksa bangun awal kalau tak nanti bilik air penuh. Alhamdulillah perempuan dibenarnya mandi di bilik air bawah tanah. :3






10 May 2013 - Jumaat
Tiba lah di hari pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri. SMK Palong Sebelas mewakili Daerah Jempol bersama budak SMK Palong Tujuh dan SMK Dato Mansur. Waktu pagi kawad kaki lelaki dulu. Yang perempuan pulak buat PC, MK dan menyelamat. Belah petang pulak switch la. Perempuan kawad kaki, lelaki buat PC, MK dan menyelamat. Aku kena buat PC aka Pertolongan Cemas. Gila kau nak buat benda tu dah la aku basic pun takde. So aku main buat je. Terabor. Hahaha. Tapi alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Malam kiteorang lepak dekat astaka sampai pukul 9 lebih kot? Lepas tu ada pemilihan siapa dapat pergi peringkat kebangsaan. Aku dapat pergi kebangsaan alhamdulillah tak sia sia aku kawad petang tadi hahaha. Tapi aku tarik diri awal awal sebab aku gerenti ayah takan kasi dan aku sendiri memang taknak pergi. Tidur macam biasa pukul 12 dan bangun pukul 3 setengah untuk mandi.





11 May 2013 - Sabtu

Kiteorang berpecah dan gabung dengan daerah daerah lain dan bentuk satu kumpulan. Kiranya satu kumpulan tu ada macam macam daerah la. Daerah Seremban I, Daerah Seremban II, Daerah Seremban III, daerah Seremban IV, Daerah Seremban V, Daerah Seremban VI, Daerah Kuala Pilah, Daerah Jempol, Daerah apa lagi aku tak ingat. Hahaha. Lepas tu kumpulan demi kumpulan pergi ke satu stesen ke satu stesen. Kumpulan aku pergi ke stesen peralatan dalam ambulans dulu. Masa ni best la tak penat sangat tak berjemur sangat. Lepas tu pergi stesen ular pulak. Ustaz Rusdi tiba tiba cakap "Haa Mimi! *tunjuk aku* Saya nak awak pegang ular dulu. Letak kat leher." Aku pun macam "Eh takde masalah ustaz. Ular je pun." Hahahaha. Staff tu pun bagi la aku pegang. Aku orng first laktu pegang. Lepas tu ustaz suruh sorang budak perempuan ni tah dari daerah mana, pegang ular tu. Dia menjerit jerit taknak. Tapi staff Lan paksa jugak suruh dia pegang. Bila dia dah pegang, dia nak bagi balik kat staff Lan, tapi staff Lan tu taknak. Menangis nangis budak tu kena buli dengan Uztaz Rusdi dengan staff Lan tu hahahaha sumpah lawak. Lepas tu ustaz tanya siapa nak pegang lagi. Aku lak dengan kejamnya pergi cakap "Ustaz ustaz! Linda ustaz! Suruh Linda pegang!!!" Padahal aku tau dia takut dengan ular. HAHAHAHAHA. Ustaz pun paksa dia pegang. Menjerit jerit dia nak taknak pegang. tapi last ustaz bagi jugak. Sampai menangis Linda tu. Dia nangis sumpah kelakar weh muka dia sampai terduduk duduk aku gelakkan dia. Hahahahahahahahahaha. Malam pulak buat rehearsal acara penutupan untuk esok. Penat tu memang penat walaupun malam. Kena diri je kot tak boleh duduk. Kau bayangkan esok tengahari buta berjemur. Mati.




12 May 2013 - Ahad
Tibalah di acara penutupan. Pukul 10 lebih macam tu mula habis pukul 11 lebih. Nasib baik tak lama sangat. Alhamdulillah kawad kaki perempuan kami dapat naib johan. Kawad kaki lelaki tempat ketiga. Okay lah tu. juara keseluruhan Daerah Seremban V ke VI aku tak ingat. Lepas tu dibenarkan balik. Yayyyyyyyy! Tapi aku rasa budak sekolah aku adalah budak paling last balik sebab cikgu semua sampai lambat gila. Aku sempat tidur lagi tu kat astaka. Bila dah bangun pun cikgu tak sampai lagi. Awat la kejam sangat. T_T Pukul 3 kot baru kami dapat balik. Balik tu singgah Ulu Bendul mandi yeayyyyyyy. Mula tu taknak mandi pun sebab takde baju dah. Tapi tengok budak ni mandi main simbah simbah air rasa macam eeee geramnya kite yang menengok ni tau takk. So aku pun join la sekaki. nahhh aku simbah kau. Eh kau simbah aku balik. Baju tu belakang cerita. Tau tak kiteorang bersepuluh perempuan dengan baju oren nya tu mandi kat situ. Memang lawak. Yang aku dengan budak ni kat dalam sungai tu boleh lagi kawad. Tergelak sampai terduduk duduk. Hahahahahaha. Bila dah balik tu, sampai rumah pukul 7.45 malam. Aku tengok cermin ya Allah pengsan. Punya hitam muka aku tu berbelang. Dah la aku ni berapa nak cerah. Haihhhh malu aku nak pergi sekolah. Hahaha.


Yang dapat pergi Peringkat Kebangsaan.




Tapi kan, seriously sekarang ni aku rindu sangat nak pergi PUSPA tu lagi. Sobsobssssss. :'( K la bye.

No comments: