Apartment Ria Genting Highland Berhantu



Inilah Apartment Ria, Genting Highland yang didakwa 'keras' oleh orang ramai. Ye. Mungkin disebabkan ia diperbuat daripada batu bata, simen. Untuk membuatkan aprtment tu lembut, kita perlu buat dengan mengguna kapas, kain atau kain sutera. Hambar kan lawak saya? 

2/3-3/3 haritu kami buat family day kat Genting Highland. Superb! Last pergi Genting masa aku form 2. Fuhh lama gilos. Benda ni dirancang oleh kakak dan abang tercinta. Kami pilih Genting instead of Langkawi pasal ayah suka pergi tempat yang adventure berbanding tempat macam Langkawi tu. Sebab lain sebab jauh kot. Dari hulur ke hilir. Utara ke selatan. 



Yang naik skyway cuma 5 orang je. Aku, kak eigy, kak zarith, mak abang emy and kimai. Lagi 2 kereta naik kereta pergi atas. Sebab bawak beg bagai tu. Takan nak jinjing periuk, kuali, periuk nasi, sardin, roti, tuna segala bagai tu bawak dalam skyway. Ye tak? Hahaha. 


Dah sampai atas tu, terus main. Wahahaha! Bapak best siaaa. Kali ni semua permainan aku naik kecuali FLYING COASTER. Kecewa nyaaa T_T Memula nak naik petang tu, tapi semua nak balik apartment sebab penat. K takpe. Sebab semua cakap malam tu nak pergi lagi. 

Anak anak ayah. :) Tapi abang tak sampai lagi sebab bini dia kerja. :( 
Ni masa semua naik roller coaster kecik tu. Eh apa nama dia? Cyclone eh? Tah lupa.


Masa nak naik roller coaster lagi BEST. Punya panjang beratur. Setelah tunggu lebih kurang sejam, tiba tiba orang tu tutup roller coasternya kejap sebab nak rehat la kunun. K takpe. Tunggu je. Lepas tu tetiba hujan. Perghh bapak dia. AKU TUNGGU LAMA LAH DOW. Bila hujan dah berhenti, kiteorang terpaksa beratur lagi sekali. Waaa T_T Dulu kalau aku naik roller coaster aku pejam mata. Tapi haritu bukak mata. Dapat menikmati perjalan yang mengerikan. Hahahaha.


Masa tu dah petang, kiteorang naik Space Shot. 4 orang je. Aku, ayah, Kimai, abang Emi. Abang emi jahat gila. Kimai tanak naik benda tu, dia pi tarik tangan adik dia tu naik sekali space shot. Bila dah naik je, kimai senyap je. Trauma mungkin? Hahaha. 

Dah check in apartment tu terus makan malam. Dalam 8.30 kak lit, aku, abang fizi and kakak je yang pergi genting semula sebab yang lain kepenatan. Malam tu aku naik Space Shot tu lagi sekali. Hilang stress. Tapi even dah banyak kali naik, tetap rasa takut. Aku dah la gayat. -_-

Tebal gila kabus.

Ni padahal pukul 11 lebih. 


Masa balik tu semua malas nak masuk lagi genting tu, tapi aku desak juga pergi lagi sebab aku nak naik Flying Coaster je. Tapi malangnya dia tutup sebab kabus tebal. T_________T




Tu diaaaaaaaa Apartment Ria yang berhantu tu. Hahaha.

Sebelum balik singgah taman strawberi. Bapak la mahal strawberi dia. -_-



Balik tu semua terus pengsan. Pengsan tak sedar sedar. Kepenatan masing masing. Hahaha. Kbye. :p

1 comment:

Meor Arif Afifi said...

beb title tu xkena dengan isi, i think u should letak my vacation or hari berkabus di genting.