Jodoh Nak Dekat Atau Aku Nak Kena Ilmu Hitam?


Malam tadi aku mimpi ular. Ular hitam. Petandanya? Ramai dok kata itu petanda tak baik. Nak kena sihir. Wehh apa jadah orang nak sihir aku ni weh? Aku mana pernah dajal orang. Sikit-2 tu ada lah. Hehehe. Aku mana ada bukak kedai makan ka kedai apa ka. Jadah orang nak sihir aku? Weh aku takut T_T


Dalam mimpi aku tu kan, ular tu tak boleh mati. Dia asyik kejar aku ja. Penat aku pusing-2 kat situ. Mentang-2 lah dia takde kaki nak lari. Memang la dia tak penat. Bila berhenti kena gigit. Sakit tau tak! Ular tu aku pegang aku cekik dia pon dia takmau meninggalkan dunia yang fana ini. Cisss! Tapi ular tu boleh diam. Tapi dengan satu cara je. Ada ayat-2 yang akan buat dia tidur. Tapi sepupu aku tu jahat. Dia bagi ular tu tidur kejap aje. Lepas tu dia lepaskan balik ular tu. Saje dajal aku. Syial laaa jai.

(Yang ni aku screen capture kat satu blog tuh)

Tapi ayat-2 yang kena baca tu kena 2 orang yang kena bacakan. Sorang sepupu aku. Sorang lagi Mawi. Alaaaa Mawi world tuu. Mawi kahwin dengan Ekin cantik tu. Haaaa artis tu lah. Jadah entah dia boleh masuk mimpi aku. Rindu aku latuhh. HAHAHA. Eii yang penting aku takut..... Eii yang penting satu lagi, sabtu ni akak ajak pergi Genting. Eii yang penting lagi, mintak-2 ayah kasi. Hehehe.

Mintak dijauhkan lah benda-2 macam tu, ya Allah.

No comments: