Untuk bacaan lelaki sahaja ! %$#^$!@&

Ada bnyak hadiah yang boley anda berikan untuk teman wanita anda yang sedang merajuk . hihi . Wanita kan suka hadiah pemberian kekasih mereka . Macam aku . Tapi setakat ney belum dapat apa2 lagi T_T Kbhaii


 BUNGA
Jenis bunga dalam sesuai dlm keadaan ney adalah ros merah . Tapi ! Kalau si dia mempunyai bunga kegemaran , why not korang bagi hadiah bunga kegemaran si dia sebagai tanda maaf . Memberi kalungan bunga berbentuk hati pon okay jugak . Mesti si dia suka . Lebih2 lagi perempuan :') Perempuan suka hadiah yang berbunga2 ney . hee:D
 TEDDY BEAR 
Kegemaran wanita bukan ? Teddy bear ney ade kat mane2 lahh . Kat dalam supermarket , kat kedai hadiah , kat dalam hutan pon bnyak . Real lagii . Boley bergerak , menjerit , menerkam , membunuh , menggigit , mengejar dan sebagainya . Special bukan ? haha . Terdapat pelbagai jenis teddy bear yang dijual dipasaran yang boley dipilih dari segi saiz , warna , harga dan jenama . Yang lebih menarik , ada juga teddy bear yang disertakan dengan mesej bertulis . Biasanya , teman lelaki akan memberi buah hatinya hadiah teddy bear . Kerana mereka tahu , kaum hawa amat menggemari patung beruang . Bukan beruang okay ? Kalau bagi beruang , tak mati pulak buah hati korang . hehe
 GULA-GULA 
Bukan GULA PASIR okay ? Tetapi , candy or gula-gula . Korang boleh bagi hadiah gula-gula lollipop yang berbagai warna . Yang besar punyaa . Comel katanyaa . Boley ambil gambar sekali . hee:D Macam ini ---->
 COKLAT
Tak dapat dinafikan , wanita suka sangat makan coklat . Kalau pakwe bagi mesti suka . Kalau nak disimpan dalam peti ais sampai kiamat pon sanggup . Sebab apa ? Sebab pakwe yang bagi . hee . Kalau pakwe bagi kat sekolah , mesti sorokkan . Taknak bagi kawan2 lain nampak . Nak makan sorang2 kat rumah . Sebab apa ? Sebab pakwe bagi . hehe . Kalau nak lebih menarik , dan mencairkan wanita , korang susun coklat tu membuat bentuk perkataan 'Im Sorry' . Manelahh tahu kod2 aweks korang akan cair macam coklat yang diletakan kat bawah matahari . hehe . Oh yea ! Apa kata korang buat coklat sendiri ? Mudah jee . Cairkan coklat , masukkan ke dalam bekas bentuk kegemaran dan buat tulisan dengan coklat . SIAP ! Dan bagilah kepada awekss korang . hee
 SURAT DALAM BOTOL
Jika korang mahu mencari sesuatu yang kreatif dan bijak , korang boley gunakan cara dengan memasukkan surat ke dalam botol ! Botol bukan sekadar diisi dengan surat maaf , tetapi diletakkan juga dengan bunga ros merah . Sangat mengharukan ! Bagi yang tak mempunya masa , korang boley beli di kedai cenderahati . Tapi buatan sendiri adalah lebih bermakna kerana ia dibuat ikhlas dari hati . Cehhhh ! Awie dalam sembilu ! Jiwang siod aku ! haha
 KAD
APA ?!!! Dah berpuluh2 kad korang bagi tapi masih tak diendahkan ? Malah dibuang kedalam tong sampah hitam pula ? Kejam sekali . hehe . Takde yang mudah walau sekadar memohon maaf . Hanya memberi kad begitu saja tanpa maksud sebenar yang lahir dari hati tentunya tak memberi kesan ! Sebaiknyaa korang cipta sendiri kad yang tak mungkin ada dijual di mana2 kedai . Mungkin nampak hodoh , tapi sangat cantik dimata sidia :)
 CIPTA LAGU !
Satu keistimewaan buat yang mahir dalam bermain alat muzik . Memadai jika menghasilkan lagu menggunakan petikan gitar . Saat inilah masanya korang melahirkan perasaan sebenar . Orang kata , luahan menerusi lagu sangat berkesan . Lebih2 lagi lirik yang dicipta datang dari hati yang ikhlas dan tulus . Cewahh ! haha . Jangan lupa , disertakan sekali dengan petikan gitar betul2 taching ! Silap2 korang pulak yang mengalirkan airmata . hahaha XD


Aku rasa tu je kod hadiah terbaik untuk korang bagi untuk awekss korang yang tengah duduk kat bucu bilik sebab merajuk . hehe ^_^

2 comments:

EZAD AMIR said...

sy suka bg hadiah sebuah senyuman je kt sume orang lelaki mahupun wanita,awek org mahupun mak org..ekekeke..
btw,nice sharing!!

mimie shahira said...

bagus ! senyum itu satu sedekah :) btw , benda ney amek kat majalah klik act . hahaa